Polisi Privasi
Dikemas kini: 26 September 2026
1. Maklumat yang kami kumpul
- Akaun: nama, alamat emel, nombor WhatsApp (pilihan) dan kata laluan (disimpan dalam bentuk hash, tidak boleh dibaca).
- Log masuk dengan Google: jika anda memilih butang Google, kami hanya menerima nama, alamat emel dan ID akaun Google anda. Kami tidak menerima kata laluan Google anda dan tidak mengakses Gmail, Drive, kenalan atau data Google lain.
- Tugasan: username media sosial dan screenshot bukti yang anda hantar.
- Pengeluaran wang: gambar QR Touch 'n Go yang anda muat naik.
- Pembayaran: diproses oleh ToyyibPay. Kami tidak menyimpan butiran kad atau akaun bank anda.
- Teknikal: alamat IP dan masa log masuk, untuk keselamatan dan mencegah akaun palsu.
2. Bagaimana kami menggunakannya
- Mengendalikan akaun, tugasan, ganjaran, pesanan dan pengeluaran anda.
- Menyemak bukti tugasan dan mencegah penipuan.
- Menghubungi anda tentang akaun, pesanan atau pengeluaran.
Kami tidak menjual dan tidak berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga untuk pengiklanan.
3. Siapa yang boleh melihat data anda
- Admin RezekiKlik — untuk menyemak bukti dan memproses pengeluaran.
- Pembeli servis — hanya boleh melihat screenshot bukti yang telah diluluskan untuk pesanan mereka sendiri, bersama username media sosial yang anda isi.
- ToyyibPay — nama, emel dan telefon anda semasa membuat bayaran.
4. Penyimpanan & keselamatan
Data disimpan di pelayan kami di Malaysia. Screenshot dan QR disimpan di luar folder awam dan hanya boleh dibuka oleh pihak yang dibenarkan. Sambungan dilindungi HTTPS.
5. Hak anda
Anda boleh mengemas kini maklumat di halaman Profil, memutuskan sambungan Google pada bila-bila masa, atau meminta akaun dan data anda dipadam dengan menghubungi WhatsApp +60129069158 atau emel [email protected]. Rekod kewangan mungkin disimpan lebih lama jika diperlukan oleh undang-undang.
6. Perubahan
Kami mungkin mengemas kini polisi ini. Tarikh di atas menunjukkan versi terkini.
Terma Penggunaan · Laman utama